Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini cikgu nak berkongsi dengan para pelajar cikgu tentang soalan peperiksaan percubaan Pengajian Am negeri Melaka. Apa yang ingin cikgu kongsikan bersama para pelajar ialah sedikit kegusaran tentang pola jawapan calon berkaitan kertas soalan berkenaan. Berdasarkan jawapan para pelajar secara umumnya masih belum mampu menguasai kemahiran kertas 2 dengan baik. bentuk soalan yang diberikan agak mudah atau soalan terus sahaja. tetapi jawapan calon nampaknya pelbagai dan terkeluar daripada kehendak jawapan yang diperlukan.
Di sini cikgu perturunkan langkah-langkah kemas dan sistematik apabila ingin menjawab soalan bagi semua bahagian. Cikgu harap maklumat ini akan memberi sedikit input kepada para pelajar sekalian. Semua perbincangan berkaitan soalan peperiksaan percubaan Pengajian Am 2 Negeri Melaka.
Contoh bentuk perbincangan:
Soalan A ( S1)
i. Soalan :
ii. Analisis soalan :
iii. Skema jawapan
iv. Contoh jawapan calon
v. Contoh jawapan pemeriksa
Sila 'klik' untuk perbincangan lengkap. Selamat mencuba!
Thursday, September 3, 2009
Peperiksaan Percubaan STPM Pengajian Am Negeri Melaka- Sudut pandangan dan analisis
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 11:42 PM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2009 NEGERI MELAKA
Hari ini cikgu ingin merakamkan ingatan ikhlas kepada anda semua sempena peperiksaan percubaan STPM 2009 yang akan bermula 2 September nanti. Cikgu harap dalam bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini para pelajar akan dapat mempersiapkan diri dengan sempurna dari segi fizikal dan kekuatan minda untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Cikgu berharap para pelajar tidak memandang ringan dan membuat persiapan yang sambil lewa dalam menghadapi peperiksaan ini. Anggaplah peperiksaan percubaan ini medan latihan terakhir untuk mengukur sejauhmana kemantapan ilmu para pelajar semua. Apa yang penting para pelajar cikgu dapat menggunakan peperiksaan ini untuk memantap dan mengukuhkan ilmu yang telah dipelajari. Cikgu doakan kamu semua berjaya. Melalui blog cikgu ini mudah-mudahan kamu mendapat sedikit sebanyak maklumat berguna khususnya dalam subjek Pengajian Am. Cikgu juga menyediakan link untuk para pelajar mengakses maklumat ke subjek-subjek lain. Maklumkan kepada semua rakan-rakan kamu untuk melawat blog cikgu. Cikgu harap dengan hubungan ini akan mendorong iltizam yang tinggi untuk cikgu menyediakan bahan yang lebih baik dan terkini. Cikgu dalam proses membuat laman web khas untuk para pelajar STPM seluruh negara untuk ruang interaktif lebih berkesan dan produk-produk lain yang mampu membantu para pelajar STPM khususnya. Cikgu akan melahirkan satu produk khas iaitu penyediaan soalan serta disemak secara interaktif bagi semua subjek STPM. Dengan ini akan memudahkan para pelajar mengetahui kesilapan dan bagaimana membetulkan kesilapan dengan pantas. Semua penyemak kertas soalan anda terdiri daripada mereka yang amat mahir dalam subjek mereka, Anda pasti teruja dengan format baru ini. Tunggu!!! Ia pasti sampai pada anda. Salam untuk semua.
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 11:36 PM 0 comments
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
- Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
- Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
- Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
- Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
- Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
- Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
- Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
- Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
- Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
- Mengandungi semua maklumat penting
- Bersih dan mudah dibaca
- Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
- Ringkas dan padat
-
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 9:57 AM 0 comments
10 Cara Mengatasi Malas
- Amalkan doa mengelak diri dari malas
- Ingat sasaran dan matlamat diri anda
- Teknik 10 Minit Aje
- Banyak membaca bahan motivasi
- Susun dan mudahkan jadual anda
- Rehat dan tidur yang cukup
- Bersenam dan beriadah
- Berkawan dengan orang yang positif
- Amalkan teknik pernafasan
- Suarakan moto anda
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 9:32 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan: Perjuangan Membina Kejayaan
Puasa bukan satu halangan untuk kita membina kekuatan dan mencerna kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa puasa merupakan pemangkin semangat umat Islam terdahulu. Perang Badar merupakan peperangan pertama umat Islam telah berlaku pada bulam Ramadhan. Kedatipun hanya berbekal dengan 313 orang umat Islam namun kaum Muslimin masih berjaya menewaskan segerombolan 1000 orang musuh. Hanya semangat dan iltizam mampu mencipta gedung sejarah.. Selamat berpuasa. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan bulan penuh keberkatan bulan mencipta kejayaan ...
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 12:40 AM 0 comments
Format Pengajian Am
Dapatkan format terkini di sini dengan klik Ringkasan di bawah
Format Kertas Pengajian Am: RINGKASAN
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 12:28 AM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Permulaan sebuah perjalanan
Dalam menghadapi hari muka yang mendatang, persedian yang rapi dan teliti perlu dilakukan oleh setiap diri pelajar. Mulakan dengan semangat ingin berjaya. Kemudian disusuli dengan usaha yang rapi dan berkesan. InsyaAllah kejayaan akan pati dikecapi. Pepatah Cina ada mengatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Langkah pertama perlu diteruskan dengan langkah yang kedua dan seterusnya hinggalah berjaya. Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diusaha untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah Melayu, "kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya". Siapa pun kita, dari mana datangnya kita, apa pun latarbelakang kita ianya bukan satu penghalang untuk berjaya.
Kedatipun ada yang menyatakan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sebagai langkah terkebelakang dan kurang popular namun, sebagai pelajar tingkatan 6 kita harus menerimanya sebagai satu cabaran. Buktikan kepada mereka bahawa langkah kita, tindakan kita memilih tingkatan 6 sebagai platform untuk ke universiti merupakan satu langkah yang tepat dan bijak. Ingat sekali kita melangkah kita tidak akan berundur walaupun setapak. Kita akan terus melangkah hingga berjaya. 1 matlamat, 1 impian, 1 harapan hanya di tingkatan 6.
Posted by Zulrushdy bin Rahmat at 4:26 PM 0 comments