Dalam menghadapi hari muka yang mendatang, persedian yang rapi dan teliti perlu dilakukan oleh setiap diri pelajar. Mulakan dengan semangat ingin berjaya. Kemudian disusuli dengan usaha yang rapi dan berkesan. InsyaAllah kejayaan akan pati dikecapi. Pepatah Cina ada mengatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Langkah pertama perlu diteruskan dengan langkah yang kedua dan seterusnya hinggalah berjaya. Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diusaha untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah Melayu, "kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya". Siapa pun kita, dari mana datangnya kita, apa pun latarbelakang kita ianya bukan satu penghalang untuk berjaya.
Kedatipun ada yang menyatakan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sebagai langkah terkebelakang dan kurang popular namun, sebagai pelajar tingkatan 6 kita harus menerimanya sebagai satu cabaran. Buktikan kepada mereka bahawa langkah kita, tindakan kita memilih tingkatan 6 sebagai platform untuk ke universiti merupakan satu langkah yang tepat dan bijak. Ingat sekali kita melangkah kita tidak akan berundur walaupun setapak. Kita akan terus melangkah hingga berjaya. 1 matlamat, 1 impian, 1 harapan hanya di tingkatan 6.
0 comments:
Post a Comment