BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 4, 2010

Analisis STPM 2009- Pengajian Am

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan STPM 2009. Cikgu berharap dengan keputusan yang diperolehi akan dapat membantu para pelajar menggapai impian ke menara gading. namun begitu cikgu amat berharap mereka yang kurang menyerlah dalam peperiksaan berkenaan jangan putus asa. Masih banyak ruang waktu yang mampu digunakan oleh kamu semua untuk berjaya. Sedikit analisis yang ingin cikgu kongsikan dengan para pelajar tentang subjek pengajian am. Kebanyakan calon pengajian am tidak berjaya mendapat keputusan yang baik kerana tidak menguasai kemahiran asas yang konkrit khususnya bagi kertas 2. Pemahaman terhadap analisis soalan yang berkaitan amat rendah akibat kekurangan maklumat dan kurang pembacaan. Untuk itu cikgu berharap para pelajar akan dapat bermuhasabah untuk meningkatkan usaha dan azam melaksanakan tugasan yang terbaik dan usaha terbaik bagi menghasilkan keputusan terbaik. Cikgu berharap bakal calon STPM akan sentiasa mengikuti maklumat dalam blog cikgu ini kerana banyak yang akan kita konsikan pada masa akan datang. Selamat malam

0 comments: